mbkm.my

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN,
SEMUA PENGARAH JPN,
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN,
PENSYARAH,
PUSTAKAWAN,
PENULIS,
PENERBIT,
AKTIVIS PERBUKUAN.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,


PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI SIRI PENYELIDIKAN PERBUKUAN MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA TAHUN 2021: MEMPERKUKUH BUDAYA MEMBACA RAKYAT MALAYSIA DAN MEMPERKASA INDUSTRI PERBUKUAN NEGARA


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, melalui Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan akan menerbitkan Siri Penyelidikan Perbukuan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi tahun 2021.
  2. Penerbitan siri penyelidikan ini adalah yang pertama kali diadakan sebagai inisiatif Majlis Buku Kebangsaan Malaysia untuk memperkukuh budaya membaca rakyat Malaysia dan memperkasa industri perbukuan negara melalui penyelidikan yang dijalankan.
  3. Sehubungan itu Majlis Buku Kebangsaan Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pensyarah, pustakawan, penulis, penerbit, aktivis perbukuan dan orang awam yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan perbukuan untuk dimuatkan ke dalam siri penyelidikan tersebut.
  4. Bersama-sama ini disertakan Poster Hebahan, Garis Panduan Penulisan Manuskrip Penyelidikan Perbukuan (Lampiran A) mengikut format yang ditetapkan dan Maklumat Penulis (Lampiran B) untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat e-mel: mbkm.kajian@gmail.com. Tarikh akhir penerimaan manuskrip tersebut adalah pada 31 Mac 2021.
  5. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan Penyelidikan Perbukuan di Unit Dasar dan Ekonomi Perbukuan, Datin Siti Sarah Insyirah bte Abd Rashid secara e-mel ssarah.insyirah@moe.gov.my atau ditalian 03-8321 7001.
    Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
    Sekian.

Muat Turun:

  • Poster Hebahan
  • Surat Pelawaan
  • Garis Panduan Penulisan Manuskrip Penyelidikan Perbukuan
  • Maklumat Penulis

URUSETIA TETAP MBKM

Category
Tags

Comments are closed