Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dalam usaha menerbitkan katalog 50 Judul Terbaik Malaysia Bagi Dagangan Hak Cipta Antarabangsa (50 Best Malaysia Titles for International Rights) 2023/2024). Katalog ini yang bakal diterbitkan bertujuan untuk mempromosikan karya tempatan yang terbaik bagi pasaran tempatan dan antarabangsa, khususnya dalam penganjuran pesta buku.
Sehubungan itu, MBKM memohon jasa baik Y.Bhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./Ts./Tuan/ Puan menghebahkan kepada semua penerbit atau penulis buku di bawah naungan agensi/persatuan/universiti agar dapat mencalonkan karya mereka yang telah diterbitkan pada tahun 2023 dan 2024. Bagi terbitan tahun 2023, judul tersebut perlulah judul yang belum pernah dicalonkan bagi Katalog 50 Judul Terbaik Malaysia Bagi Dagangan Hak Cipta edisi 2022/2023.
Tarikh pencalonan adalah daripada 28 Januari 2024 sehingga 29 Februari 2024.
Setiap pencalonan WAJIB disertakan dengan naskah buku fizikal yang perlu dihantar kepada Urusetia Tetap MBKM sebelum 5 MAC 2024.
Syarat penyertaan serta borang pencalonan boleh didapati melalui pautan di https://forms.gle/qxnNb3mUoJjkWVuW8.
Comments are closed