PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR SECARA FIZIKAL (KHAS BUAT PARA PEMPAMER).
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Tugas-tugas Khas (JKPTK), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) telah mengadakan satu mesyuarat khas pada 30 Ogos 2021 (Isnin) bagi membincangkan status tarikh penganjuran PBAKL 2021.
Sehubungan itu, pihak JKPTK telah memutuskan bahawa penganjuran PBAKL yang dijadualkan pada 29 Oktober hingga 7 November 2021 ditangguhkan ke tarikh 10 hingga 19 Februari 2022.
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira situasi semasa yang sesuai untuk mengadakan PBAKL secara fizikal serta faktor keselamatan pempamer dan pengunjung supaya dapat ditingkatkan.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/puan boleh menghubungi En. Amran bin Alias (Pengurus Acara) di talian 019-216 2806 atau En. Wan Salahudin bin Wan Abdullah di talian 03-8321 7011/ 7003.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Comments are closed