
Bermula hari Sabtu, 26 Jun 2021, para guru yang telah mendaftar untuk menyertai projek penulisan inisiatif Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menghadiri bengkel secara maya selama 4 jam bermula jam 8.30 pagi. Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan akan menyertai bengkel mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Setiap peserta hanya akan menyertai SATU kali sahaja bengkel ini yang akan diadakan pada setiap Sabtu sehingga 17 Julai 2021. Semua maklumat akan dikongsikan sewaktu bengkel dan juga dalam grup whatsapp yang telah diwujudkan untuk tujuan perkongsian maklumat.
Selamat berbengkel.
Comments are closed