Setahun dinantikan para peminat, akhirnya Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kembali menemui peminat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).

Program yang berlangsung bermula 26 Mei sehingga 4 Jun ini bakal menyaksikan pelbagai aktiviti seperti pelancaran buku baharu, forum dan pelbagai lagi khusus buat peminat buku.

Lebih menarik dan unik pada tahun ini, hari ini menjadi saksi di mana Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan PBAKL telah melancarkan pertandingan resensi buku di TikTok dengan hashtag #BookTokMalaysia dan #KLIBF2023 beserta slogan ‘Temui pembaca di mana jua!’

Bukan itu sahaja, hadiah menarik sedia dimenangi buat para peserta yang menyertai peraduan ini iaitu Baucar Buku TikTok Shop. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah ikuti tiga langkah mudah ini sahaja:

1. Siarkan video tentang pengesyoran atau ulasan buku pilihan anda dari 2 Mei sehingga 4 Jun 2023.
2. Sertakan hashtag #BookTokMalaysia dalam caption video yang dimuat naik.
3. Tag dan ikuti akaun TikTok @klibf.my

Untuk pengetahuan, setakat ini hashtag #BookTokMalaysia sudah berjaya mengumpul lebih 160 juta tontonan di mana anda boleh lawatinya dengan klik di sini. Sementara itu ikuti juga akaun rasmi Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) dengan klik di sini.

Sumber: thevocket.com

Category
Tags

Comments are closed