Dalam majlis yang diadakan di pejabat KPM, Bangunan Parlimen, Encik Mohd Khair bin Ngadiron, Setiausaha MBKM dengan diiringi oleh wakil-wakil pemain industri perbukuan telah menyampaikan sumbangan buku-buku yang bernilai hampir RM 1 juta untuk diagihkan kepada perpustakaan-perpustakaan sekolah yang telah dikenalpasti terjejas banjir yang teruk baru-baru ini.
Keprihatinan YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek kepada sekolah-sekolah yang terlibat banjir telah menarik perhatian semua pemain industri perbukuan terdiri daripada agensi kerajaan dan pelbagai syarikat penerbitan untuk sama-sama berganding bahu dengan menyediakan sumbangan buku-buku tambahan bagi memenuhi lingkungan akses pendidikan di samping meringankan beban sekolah.
YB Menteri yang juga merangkap Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) amat berterima kasih di atas bantuan serta sumbangan yang dihulurkan oleh pemain industri perbukuan yang terlibat serta berharap agar inisiatif ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Beliau menyeru semua pihak termasuklah individu dan badan korporat meneruskan usaha dan inisiatif sumbangan buku kepada masyarakat yang berkeperluan di negara ini.
Comments are closed