Pada 28 Februari 2023, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan YB Puan Fahdlina Sidek di parlimen bagi satu sesi taklimat mengenai Majlis Buku Kebangsaan Malaysia yang berperanan sebagai sebuah badan profesional dan penasihat buku di peringkat kebangsaan.
Segala pandangan serta sokongan YB Menteri Pendidikan dalam mengemudi usaha MBKM mengangkat dan memartabatkan budaya membaca serta memperkasa industri perbukuan agar seiring dengan gagasan Dasar Buku Negara amat dihargai.
Bersama kita akan terus mencapai kejayaan ke arah Malaysia Madani.
Comments are closed