TALKING POINTS PENGARAH SEMPENA MAJLIS PRA-PELANCARAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2020

1. Info Umum PBAKL KE 39
Tarikh: 27 Mac – 5 April 2020 | 10 hari | 10 pagi – 10 malam
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Penganjur: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Dengan kerjasama: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) | Perbadanan Kota Buku (PKB)
Serta: Rakan-rakan industri yang sentiasa bersama-sama berganding bahu setiap tahun bagi menjayakan PBAKL!
Izinkan saya memperkenalkan:
i. Encik Adi Irwan bin Dato’ Azhari
Presiden
Dewan Industri Buku Malaysia (MBIC) / Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM)
ii. Encik Arief Hakim Sani bin Rahmat
Presiden
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)
iii. YBhg. Dato’ Dr. Ivan Hoe Wat Sing
Presiden
Persatuan Pengeksport & Pengimport Buku Malaysia (MBEIA)
iv. YBhg. Dato’ Hj Zainuddin bin Othman
Presiden
Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM)
v. Encik Keith Thong
Presiden
Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA)
vi. Tuan Haji Azman bin Hashim
Ketua Pemasaran
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
- Istimewa tahun ini, PBAKL menjadi program mercu kepada Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 yang telah dianugerahkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO);
- Sehingga jam 7:00 malam tadi, sebanyak 700 reruai pameran di PWTC sudah ditempah berserta bayaran penuh. Dewan Tun Razak 3, Tun Razak 4, Mawar, Tun Dr Ismail, Bilik Johor, Kedah, Kelantan dan Melaka, sudah terjual sepenuhnya!
- Terdapat 10 elemen keterujaan PBAKL 2020 seperti yang berikut:
a) Pertamanya, PBAKL 2020 akan lebih menarik dengan kemunculan Negeri Perak sebagai Negeri Tamu. Pavilion Negeri Tamu ini bukan sahaja akan mempamerkan buku-buku tulisan penulis dan illustrator dari negeri Perak malah juga akan berkongsi pelbagai keunikan negeri seperti kebudayaan dan keistimewaan negeri ini.
b) IFLA JUNIOR- Seminar 3000 Pengawas Pusat Sumber SK dan SMK seluruh Malaysia.
c) Aplikasi PBAKL- Aplikasi Telefon Pintar yang mengandungi peta tapak pameran, jadual acara, dan promosi terkini sepanjang berlangsungnya pesta buku.
d) Ruangan Mandiri- Khusus penulis, illustrator, pembikin zine dan buku foto swaterbit.
e) Perkhidmatan Pembeli Peribadi (Personal Shopper)
f) Promosi Khas- Kolaborasi bersama LAZADA : PBAKL Mall
g) Rehat dan Baca (Ruang aktiviti karyawan bersama pembaca)
h) Anugerah Kulit Buku Cantik
i) Pertandingan reruai terbaik.
j) Akhir sekali, ingin juga saya maklumkan, bahawasanya semua pengunjung boleh menghantar terus buku-buku belian mereka ke mana-mana alamat yang diingini seluruh Malaysia dengan kadar yang cukup rendah berbanding biasa. Perkhidmatan nilai tambah PBAKL ini dibawakan khas oleh Pos Malaysia yang merupakan Rakan Kurier Rasmi PBAKL 2020.
- Bagi menangani perkembangan terbaru yang berlaku di seluruh dunia berkaitan Coronavirus (COVID-19), pihak penganjur telah menjadualkan perbincangan khusus bersama KKM demi memastikan keselamatan dan kesihatan semua. Jemputan Negara Tamu juga telah kita tundakan bagi tahun 2020 ini.
- Pelbagai info dan maklumat tentang PBAKL juga boleh didapati di media sosial:
www.facebook.com/kualalumpurbookfair
Instagram @klibf.my
Twitter @klibf.my
Telegram @ShareInfoKLBookFair
Sekian, bersama-samalah kita memeriahkan hari raya orang buku, hari raya kita!
Salam takzim.
Comments are closed