Program Pengantarabangsaan Karya Malaysia ke Persada Dunia (8hb – 9hb Jun 2024).
Klinik Dagang Hak Cipta, sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh MBKM sejak 2022, khusus untuk penerbit yang akan mewakili Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa. Klinik ini bertujuan untuk membimbing penerbit agar berjaya sebagai peniaga hak cipta.
Dikendalikan oleh Puan Adibah Omar dan Encik Hasri Hasan, klinik ini menawarkan pengalaman luas dalam bidang dagang hak cipta. Aktivitinya termasuk simulasi pengenalan diri, ‘Pitching Product’, teknik-teknik 4P dan perkongsian pengalaman peserta klinik sesi 2022 iaitu Puan Ninot Aziz yang telah berjaya meluaskan karyanya ke pasaran Italy dan Turkey. Para delegasi Malaysia juga mengikuti sesi taklimat ‘Pre Departure’ secara hibrid.
Manakala Pra-pelancaran katalog ’50 Best Malaysia Titles for International Rights’ telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Khair Ngadiron. Pelancaran katalog ini akan berlangsung di Beijing International Book Fair, bertempat di Pavilion Malaysia.
Semoga pengalaman ini memberi manfaat kepada bakal delegasi Malaysia dalam menjadi peniaga hak cipta yang cemerlang.
Comments are closed