KENYATAAN MEDIA
Penawaran Semula Reruai Melalui Aplikasi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur – Sistem Tempahan Automasi Reruai (PBAKL-STAR)
Jawatankuasa Khas Penawaran Reruai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (JKPR PBAKL 2025) ingin memaklumkan bahawa proses tempahan reruai PBAKL 2025 yang bermula pada 26 Disember 2024 telah mengalami gangguan teknikal di luar jangka serangan BOT dan pertindihan tempahan reruai.
Pihak JKPR PBAKL 2025 amat kesal atas kesulitan yang dihadap oleh kesemua syarikat yang terlibat.
JKPR PBAKL 2025 kekal komited untuk memastikan kelancaran persiapan PBAKL 2025. Justeru, satu mesyuarat khas JKPR PBAKL 2025 pada 3 Januari 2025 telah bersetuju dan memutuskan perkara-perkara berikut:
Kesemua tempahan bermula 26 Disember 2024 adalah DIBATALKAN. lanya akan dibuka semula dengan beberapa penambahbaikan dan pembaharuan iaitu,
- Penambahbaikan sistem tempahan reruai dengan memberikan penekanan kepada ciri-ciri keselamatan, peluasan jalur lebar “bandwidth”, dan server khusus;
2 Penyusunan semula reruai dan pembukaan dewan baharu bagi memenuhi permintaan reruai yang tinggi; - Pihak syarikat yang telah mendapat reruai dan telah membuat pembayaran boleh memohon pemulangan wang yang telah dibayar (proses pemulangan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan) atau syarikat boleh menggunakan bayaran yang telah dibuat bagi tempahan semula reruai.
Butiran lanjut mengenai tempahan semula reruai akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Seiring dengan cabaran dan perkembangan masa kini, langkah kita melaksanakan peralihan digital pastinya disulami dengan pelbagai cabaran. Kami amat menghargai setiap cadangan, pandangan, dan sokongan yang diberikan oleh setiap pemegang taruh dalam persiapan PBAKL 2025. Maklum balas ini adalah asas penting dalam memastikan acara ini terus berkembang dan memenuhi keperluan industri serta masyarakat demi memperkasakan industri perbukuan Malaysia serta memperkukuh daya saing PBAKL di peringkat global.
Sekali lagi. terima kasih atas sokongan dan keyakinan anda terhadap PBAKL 2025. Kami berharap kerjasama erat ini terus kekal dan memberi manfaat bersama.
-TAMAT-
Jawatankuasa Khas Penawaran Reruai
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025
3 Januari 2025
.


Comments are closed