Majlis Sepetang Bersama Anggota Majlis Buku Kebangsaan Malaysia 2024 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Ogos 2024.
Majlis dimulakan dengan Pembentangan Laporan Aktiviti Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi tahun 2024 oleh Setiausaha MBKM, Encik Mohd Khair Ngadiron. Seterusnya, diadakan Pembentangan Laporan Pelaksanaan dan Penebusan Baucar Buku oleh Puan Adibah Binti Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, diikuti dengan Pembentangan Laporan Kajian Profil Membaca oleh Encik Mohd Azmi Bin Aziz, Pengarah Prasarana Ilmu dan Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia.
Majlis diteruskan dengan Sesi Sudut Pandang Menteri oleh YB Fadhlina Sidek, diikuti sesi sumbangsaran bersama pemain industri untuk mencapai visi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, iaitu Memperkukuh Budaya Membaca dan Memperkasa Industri Perbukuan Negara.
Comments are closed