Majlis Pembukaan MALAYSIA sebagai Negara Kehormat di Beijing International Book Fair 2025 (BIBF).
Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Menteri Pendidikan YB Wong Kah Woh selaku Ketua Delegasi Malaysia ke BIBF 2025 atas kepimpinan dan komitmen yang amat bermakna dalam menjayakan Malaysia sebagai Negara Tetamu Kehormat.
Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada pengurusan tertinggi KPM, Kementerian Kewangan, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, MARTRADE, perwakilan daripada kerajaan Selangor, serta seluruh delegasi Malaysia atas kerjasama padu dan dedikasi yang telah ditunjukkan.
Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama dalam menjulang industri perbukuan negara ke peringkat antarabangsa.





Comments are closed