Kunjungan Hormat MBKM ke Perpustakaan Negara Malaysia
Pada 17 Februari 2025 (Isnin), delegasi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Khair bin Ngadiron, telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Kunjungan ini disambut baik oleh YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Timbalan Ketua Pengarah PNM.
Pertemuan ini telah menjadi platform penting bagi perbincangan pelaksanaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), pelbagai inisiatif perbukuan serta memperkukuh peluang kerjasama strategik antara MBKM dan PNM.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan mengenai langkah ke hadapan dalam merangka pelan jangka panjang bagi memperkasa industri perbukuan negara. Beberapa cadangan telah diketengahkan, termasuk usaha memperluas akses kepada bahan bacaan, program literasi kebangsaan, dan pengukuhan ekosistem penerbitan.
Delegasi MBKM juga berpeluang melawat Ruang Perkhidmatan Anjung Bestari PNM yang kini tampil dengan wajah baharu, mencerminkan komitmen PNM dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra pengguna dan inovatif.








Comments are closed