Kepimpinan MBKM dalam Usaha Pengantarabangsaan Karya Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi.
.




.
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) telah mengetuai delegasi Malaysia ke Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi (ADIBF) 2025 yang berlangsung dari 26 April hingga 5 Mei 2025 di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC). Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada program pengantarabangsaan karya Malaysia, dengan kerjasama strategik bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penerbit tempatan Evergreen EduPress Plt. MBKM memainkan peranan penting dalam menyelaras penyertaan negara ke pameran pesta buku ini, yang menghimpunkan 1,400 pempamer dari 96 negara.
Antara inisiatif utama ialah promosi katalog “50 Best Malaysian Titles for International Rights” yang diterbitkan MBKM untuk memperkenalkan karya terbaik tempatan kepada pasaran global, khususnya dalam urus niaga hak cipta dan terjemahan.

Comments are closed