ANDA seorang penulis atau penerbit?
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) melalui Urusetia Tetap MBKM mempelawa Penerbit dan Penulis yang telah menerbitkan karya bagi tahun 2021 dan 2022 untuk mencalonkan karya mereka yang telah diterbitkan pada 2021(yang belum dicalonkan bagi Katalog 50 Best Malaysia Titles edisi 2020/2021) dan 2022. Pencalonan oleh penerbit atau penulis itu boleh dikemukakan melalui pautan google form https://forms.gle/B57tPLHwKzaLvYZt9
Karya yang dicalonkan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi menyenaraikan 50 Judul Terbaik Malaysia 2021/2022. Tarikh tutup pencalonan ialah pada 15 Mei 2022.
Setiap pencalonan perlu disertakan dengan sebuah naskah buku tersebut yang dihantar ke alamat berikut bagi melayakkan ke peringkat pemilihan.
URUSETIA TETAP MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA
ARAS 1, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1,
BANGUNAN MUSTAPA KAMAL, 63000
CYBERJAYA, SELANGOR
(u/p: PUAN ZULAIKAH BEGAM T.BAVUTTY)
Sekian, terima kasih.
Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Comments are closed