







5 Hari Di Beijing dan Fuzhou
Isnin lalu, awal pagi saya berlepas ke Beijing dengan beberapa misi.
Misi Pertama; Mesyuarat pertama dengan CNPIEC. Kami berbincang soal penglibatan Malaysia di Beijing International Book Fair June tahun ini. Perbincangan berjalan lancar. InsyaAllah, ada beberapa berita gembira untuk industri buku Malaysia.
Misi Kedua; Lawatan ke kilang percetakan keselamatan di Beijing. Kilang ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang cukup ketat . Kami tidak boleh membawa telefon, apatah lagi mengambil gambar. Ada domitori untuk semua pekerja menjalankan tugas. Mereka perlu dikuarantin selagi mana peperikasaan belum berakhir.
Misi Ketiga; membuat perbincangan dengan pihak Matrade Beijing yang diketuai oleh Trade Commissioner Tuan Niqman. Perbincangan yang sangat menginspirasikan. Tuan Niqman juga berkongsi banyak data-data penting terkait peluang perniagaan di Beijing. InsyaAllah, untuk BIBF 2025, akan ada kerja sama antara pihak industri buku dan Matrade.
Misi Ke empat; kami melawat satu lagi kilang percetakan keselamatan di Fuzhou. Menariknya fasiliti di sini, ia seumpama sebuah ‘resort’. Ada fasiliti hotel untuk penyedia kertas soalan. Ada asrama untuk pekerja. Segala-galanya memang selamat dari kebocoran. Mesin-mesin percetakan juga nampak efisien dan ada ‘state of art’.
Hari jumaat saya meninggal Fuzhou jam 11.50 pagi. Rombongan yang lain, Puan Adibah Omar, Nurin, Mr Chew, Yuen Fatt dan MJ meneruskan perjalanan ke Xianmen untuk meneruskan misi seterusnya.
Sesungguhnya; 5 hari di Beijing dan Fuzhou sangat mengilmukan. Juga membawa potensi besar untuk industri buku di Malaysia.
Nota; saya datang lewat sehari dan pulang awal sehari.
Comments are closed