
Alhamdulillah, Bengkel Pemurnian Dasar Buku Negara telah berlangsung dengan jayanya dari 3 hingga 5 Oktober 2024. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkemaskan dasar yang menjadi panduan utama dalam memacu industri perbukuan negara ke arah pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kemajuan berteraskan ilmu.
Sepanjang bengkel ini, pelbagai input bernas telah dikongsikan oleh wakil-wakil dari sektor kerajaan, penerbit, pengarang, serta penggiat industri buku tempatan. Melalui sesi perbincangan dan penilaian semula yang teliti, beberapa aspek penting telah diperkukuhkan berlandaskan visi dan misi MBKM.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyumbang idea dan pandangan dalam usaha memperkasakan Dasar Buku Negara ini. Bersama-sama, kita membentuk hala tuju yang lebih jelas untuk masa depan industri perbukuan Malaysia.










Comments are closed