Menyahut 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐘𝐁 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 bagi memperluas akses dan inklusiviti Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), industri perbukuan melalui 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐮𝐤𝐮 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐁𝐊𝐌) tampil dengan inisiatif yang cukup bermakna.
Sebanyak 𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐞𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐚𝐬 melalui sumbangan Smart TV. Hari ini, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bersama pihak Alma Tech dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) bagi menyelaras agihan perkakasan digital ini ke 60 buah sekolah pendidikan khas terpilih di seluruh negara.
Impak Utama Inisiatif:
• Digital Inklusif: Memastikan MBPK tidak ketinggalan dalam menikmati akses teknologi moden.
• PdP Dinamik: Membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran yang lebih interaktif dan berkesan.
• Potensi Optimum: Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang ceria serta mampu merangsang deria murid.
Semoga inisiatif murni ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak-anak ini, selari dengan visi Pendidikan Manusiawi.






Comments are closed