MBKM Lebarkan Sayap ke Arab Saudi
Dengan tema “Ink Meets Horizon: Malaysia Hosts the Next Chapter”, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) melaksanakan misi pengantarabangsaan karya Malaysia ke benua Arab sempena Riyadh International Book Fair (RIBF) 2025 yang berlangsung pada 2 – 11 Oktober 2025.
Misi ini berfokus kepada:
1) Memperkenalkan dan memperdagangkan hak cipta judul-judul ’50 Best Malaysian Titles for International Rights’ kepada pasaran Arab.
2) Mengundang penerbit Arab menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (KLIBF 2026).
3) Mempromosi ASIAN Rights Fair 2026.
4) Membuat hebahan mengenai International Publishers Congress ke-35 di Kuala Lumpur.
Langkah strategik ini memperkukuh kedudukan industri penerbitan Malaysia di pasaran antarabangsa dan sekali gus menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026, menjadikan buku sebagai jambatan budaya dan perdagangan.
Malaysia bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi destinasi ilmu.











Comments are closed