Catatan Pengarah: Beijing International Book Fair 2025 (BIBF)






BIBF yang berlangsung dari 18 hingga 22 Jun 2025, telah pun melabuhkan tirainya.
Penghargaan setingginya kepada pimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, YB Menteri, YB Timbalan Menteri (YB Wong Kah Woh, yang mengetaui delegasi Malaysia), Dato KSU, Dato KPPM, Timbalan KPPM (Dr Azam menyertai delegasi Malaysia), SUB Kewangan (En Yahya banyak membantu kami) dan semua Pengurusan KPM yang memungkinkan misi Malaysia sebagai Negara Tamu (Country of Honour) terlaksana dengan jayanya.
Terima kasih kepada pasukan MBKM, Puan Amiza dan Puan Zulaikha, serta yang berada di tanah air.
Penghargaan setingginya juga kepada rakan strategik kami Perbadanan Kota Buku yang diketuai oleh Puan Adibah Omar. Terima kasih banyak memudahkan.
Kepada pasukan PPAS yang diketuai oleh Datin Paduka Mastura juga tidak kami lupakan untuk mengucapkan terima kasih setingginya. Pasukan Datin berjaya memeriahkan Pavillion Malaysia. Hebat!
Kepada semua 22 pepamer yang hadir bersama, juga jutaan terima kasih. Semoga usaha anda semua akan membuahkan hasil yang berganda-ganda.
Terima kasih juga kepada pasukan penari kita. Anda semua sangat berdedikasi. Dan persembahan anda sangat mempersonakan! Anda membanggakan Malaysia.
Nota Peribadi;
Pertama, terima kasih kepada keluarga saya terutamanya Maizon Jaffar dan anak-anak semua. Sokongan semua (termasuk Ilya) tidak akan terbalas.
Kedua; ini kali ke 5 sebenarnya saya mengetuai pelaksanaan Malaysia sebagai Negara Tamu di Pesta Buku di peringkat Antarabangsa. Bermula di Tokyo, kemudian ke Jakarta, seterusnya. Ke Riyadh, disambung ke Chennai dan akhir di Beijing. Pengalam yang mengujakan. Dan setakat ini, Beijing yang terbaik!
Salam dari Beijing. Saya nokhtahkan tulisan di atas pesawat yang akan membawa saya kembali ke Kuala Lumpur.
Catatan; Mohd Khair Ngadiron

Comments are closed