SEMUA PEMPAMER PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
YBhg. Dato/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
SESI BERSAMA PEMPAMER PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian YBhg. Dato/ Datin/ Dr./ tuan/ puan mengenai perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan mengadakan Sesi Bersama Pempamer Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sebagai platform libat urus awal antara pihak urus setia dan para pempamer sebelum pelaksanaan PBAKL 2026. Sesi ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 3.00 – 5.00 petang
Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
3. Sehubungan itu, YBhg. Dato/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Sila maklumkan pengesahan kehadiran kepada urus setia sebelum atau pada 27 Oktober 2025 melalui pautan berikut:
Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam menjayakan majlis tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Sekretariat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur


Comments are closed