Kenyataan Media: Malaysia Catat Detik Bersejarah Sebagai Negara Tetamu Kehormat di Pameran Buku Antarabangsa Beijing ke-31 Tahun 2025.
Beijing, China — Malaysia dengan bangganya mencatat penyertaan sulung sebagai Negara Tetamu Kehormat di Pameran Buku Antarabangsa Beijing Ke – 31 (BIBF) 2025, yang membawa pelbagai pencapaian penting dan mengukuhkan kedudukan negara dalam dunia penerbitan, perkhidmatan ilmu dan kerjasama antarabangsa. BIBF 2025 ini telah berlangsung pada 18 – 22 Jun 2025. Penyertaan Malaysia ini telah menghasilkan tiga pencapaian utama iaitu peningkatan kepimpinan intelektual, termeterainya perkongsian strategik perniagaan, serta pengukuhan kerjasama institusi yang akan membuka jalan kepada kolaborasi masa hadapan.
Peningkatan Kepimpinan Intelektual Malaysia
BIBF 2025 ini juga telah memperlihatkan kepimpinan pemikiran Malaysia dalam penyampaian lima ucap tama daripada pelbagai sesi forum. Antara intipati penting ucap tama pemimpin-pemimpin iaitu YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Tuan Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaaan Malaysia dan juga Puan Adibah Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku adalah:
I. YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan telah menyampaikan ucap tama yang membawa tema “New Quality Productive Forces and International Publishing Cooperation” di Beijing International Publishing Forum pada 19 Jun 2025;
2. Tuan Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaaan Malaysia juga telah mengusulkan revolusi dasar berkaitan Rangka Kerja Dasar AI seperti penciptaan bersama piawaian tadbir urus AI serantau China-ASEAN dan insentif cukai kepada penerbit yang mengguna pakai alat AI untuk penyesuaian tempatan semasa yang juga telah disampaikan semasa The 2nd China – ASEAN Knowledge Service Innovation and International Exchange Development Conference pada 18 Jun 2025.
3. Semasa The 2nd China – ASEAN Knowledge Service Innovation and International Exchange Development Conference pada 18 Jun 2025 juga, Puan Adibah Omar selaku ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku telah mencadangkan hala tuju konkrit melibatkan AI dan Perkongsian Antarabangsa antara Asia Tenggara dan dunia melalui pembentukan koridor hak cipta digital semasa; dan
4. Perbadanan Kota Buku juga telah memberi sorotan yang menyeluruh mengenai inisiatif e-Baucar Buku MADANI serta perkongsian dapatan Kajian Impak Program Pemberian Baucar Buku 2024 Terhadap Pembangunan Ekonomi MADANI dan Pembangunan Masyarakat MADANI yang Berilmu sebagai satu kes global untuk literasi digital yang memberi manfaat kepada 3.5 juta pelajar, serta mencadangkan hala tuju masa depan semasa sesi perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Puan Adibah Omar semasa sesi Exciting Ventures in Southeast Asia pada 20 Jun 2025;
Pencapaian Strategik Perniagaan
Penyertaan Malaysia di BIBF 2025 juga telah menghasilkan beberapa pencapaian utama iaitu:
1. Majlis pemeterain hak cipta bagi judul:
• Xi Jinping Among the People: Moments in Focus (Edisi Bahasa Melayu) antara Xinhua Publishing House, Guangxi Normal University Press, dan KB Asia
• Hubungan Dua Permata Tamadun Belahan Timur Dunia: Jubli Emas Hubungan Diplomatik Malaysia- China antara Pelangi Publishing Group dan Guangxi Education Publishing House
2. 22 penerbit dan pemain industri Malaysia telah mengambil bahagian dalam lebih 50 sesi padanan perniagaan dan perbincangan bersama rakan dari China dan negara-negara Iain termasuk Sepanyol, Rusia, Itali, Tunisia, Arab Saudi dan Jerman;
3. Memorandum Persefahaman terjemahan telah ditandatangani antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan GT Com untuk karya Malaysia diterjemahkan ke bahasa Iain;
4. Kolaborasj platform digital berasaskan pengetahuan AI antara Perbadanan Kota Buku dan Guangxi Science and Technology Co;
5. Pertemuan bersama Pengarah Pameran Buku Bologna, Itali sebagai satu matlamat mengangkat karya Malaysia dan Asia Tenggara di pasaran Eropah;
6. Pertemuan bersama wakil dari industri perbukuan Arab Saudi sebagai memperkukuh kehadiran karya Malaysia dan Asia Tenggara di dunia Arab.
Sokongan Institusi yang Merealisasikan Kejayaan Ini
Kejayaan ini turut disokong oleh Kedutaan Malaysia di Beijing yang telah memudah cara pelaksanaan empat mesyuarat kerajaan-ke-kerajaan bersama Kementerian Pendidikan China, Peneraju-peneraju penerbitan di China, Beijing Foreign Studies University (BFSIJ) dan Capital University of Economics and Business (Pusat MI-JET Malaysia).
Selain itu, kejayaan ini turut disokong oleh MATRADE sebagai pemudah cara bagi sebanyak 156 sesi padanan perniagaan awal bersama penerbit utama dan juga platform e-dagang terkemuka termasuk Douyin TikTok eCommerce, China Commercial Publishing House, Shandong Group, JD.com dan CITIC Publishing.
Penyertaan Malaysia di persada antarabangsa khususnya dalam industri perbukuan ini mencerminkan semangat MALAYSIA MADANI dengan penyatuan penulis, penerbit dan agensi dalam menjayakan visi bersama ke arah kemajuan.



Comments are closed