UNESCO telah menyarankan sebuah indikator bagi negara maju, supaya diterbitkan 1,000 judul buku bagi setiap juta populasi penduduk, atau 0.1% daripada jumlah penduduk. Saranan ini, sehingga ke hari ini tidak dapat dicapai oleh Malaysia kerana populasi penduduk pada tahun 2020 seramai 32,717 juta orang, berbanding dengan jumlah terbitan buku yang hanya pada kadar 32,717 judul. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia yang ke 20 bagi tahun 2020 oleh UNESCO berdasarkan komitmen bandaraya Kuala Lumpur merancang dan bakal menjayakan program-program pembacaan di seluruh Malaysia.

Program Pengantarabangsaan Karya Malaysia ke Frankfurt Buchmesse merupakan program mercu yang utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia yang ke 20 bagi tahun 2020. Frankfurter Buchmesse merupakan platform terbaik bagi Malaysia dalam memastikan penerbitan negara mencapai tahap dan kualiti penerbitan global yang diaspirasikan.

Penyataan yang terkandung dalam Dasar Buku Negara (DBN) menyatakan buku mesti diiktiraf sebagai alat penting dalam pembangunan sosio-budaya intelektual masyarakat sama ada menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Malah buku juga boleh bertindak sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat berilmu dan bermaklumat, masyarakat saintifik serta masyarakat bersatu padu bagi mencapai status negara maju.

Melalui buku juga, kita dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan dalam pelbagai subjek dan bidang serta akan dihormati dan disegani masyarakat luar. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan dan tabiat membaca yang berterusan. Walau bagaimanapun, masyarakat Malaysia masih belum dapat 3 dikategorikan sebagai masyarakat yang mengamalkan budaya suka membaca. Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (1996) melalui Frank Small & Associates, menunjukkan bahawa kadar literasi rakyat Malaysia mencapai 93%, tetapi kadar yang membaca hanya 87% dan purata rakyat Malaysia hanya membaca 8 buah buku setahun.1 9. Majlis Industri Buku Negara menganggarkan nilai jualan buku di Malaysia ialah sebanyak RM 2.1 billion pada tahun 2009.

Menurut Kajian Pembangunan Sektor Perbukuan Malaysia – Ke Arah Penerbitan 26,000 Judul Setahun terbitan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (2012), jumlah ini dijangka semakin bertambah dengan penerbitan judul baru pada kadar 9.6% setahun.

Menurut Kajian Pembangunan Sektor Perbukuan Malaysia – Ke Arah Penerbitan 26,000 Judul Setahun terbitan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (2012), jumlah ini dijangka semakin bertambah dengan penerbitan judul baru pada kadar 9.6% setahun. Dengan kepesatan ekonomi dunia dan perkembangan pesat media massa dengan terciptanya teknologi media yang baru diperkenalkan, namun fungsi buku sebagai alat media yang paling mudah digunakan dan paling berkesan tidak mampu digugat. Jackson (1990)2 telah menegaskan bahawa buku akan terus digunakan biarpun manusia terus disogokkan dengan pelbagai alat komunikasi canggih. Deklarasi London pula menjelaskan bahawa; “Kami percaya bahawa buku akan terus mengekalkan fungsinya sebagai alat untuk menyampaikan pengetahuan, pendidikan, dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat.

Menurut statistik, Malaysia kini menerbitkan purata lebih kurang 17,000 judul buku 1 Hasil kajian Perpustakaan Negara Malaysia 2010. 2 Miles M.Jackson “The Future of Books in an Electric Era” kertas kerja di dalam Proceeding of the Eight Congress of Southeast Asian Libraries, 11-14 Jun 1990, Jakarta), Cole(1987){John Cole, Books in Our Future .(Paris:Library of Congress, 1987)} dan Oakeshott and Bradley (1982){Pricilla Oakeshott & Clive Bradley, The Future of the Books: The Impact of Technology (Paris:UNESCO,1982)} 3 The London Declaraction: Towards Reading Society, (Paris:UNESCO World Congress on Books, 1982) 4 setahun, kebanyakannya adalah buku dalam bahasa Melayu (buku teks dan buku umum dalam pelbagai bidang). Penduduk Malaysia pada ketika ini lebih kurang 28 Juta orang. Ini bererti, Malaysia menerbitkan per kapita satu buku bagi setiap 4,000 orang penduduk.

Perbandingan selalunya dibuat dengan Jepun kerana ianya dianggap negara maju dalam industri buku dan dijadikan “benchmark” kemajuan buku di negara membangun. Penduduk Jepun yang berkepadatan hampir 120 Juta orang, lima kali ganda lebih besar daripada jumlah penduduk Malaysia. Jumlah judul baru yang diterbitkan setiap tahun ialah lebih kurang 67,000 judul. Ini bererti Jepun menghasilkan per kapita kira-kira satu buku bagi setiap 1,790 orang penduduk. Berdasarkan perbandingan ini, Malaysia belum mencapai kadar penerbitan judul baru per kapita yang maju, semaju Jepun. Untuk mencapai tahap seperti di Jepun, Malaysia sepatutnya menerbitkan sekurangnya 27,000 judul buku setahun.4 12. Kajian UNESCO menunjukkan Korea Selatan yang mempunyai penduduk lebih 30 juta orang telah menerbitkan 30,000 judul buku setahun.

MENYATUKAN PENERBIT MALAYSIA

Menyatukan penerbit Malaysia khususnya penerbit kecil dan penulis serta penterjemah Malaysia dalam satu delegasi bagi pameran buku antarabangsa agar kehadiran penerbit dari Malaysia diberikan perhatian setanding negara-negara maju yang lain.

MEMPROMOSI KARYA MALAYSIA

Memperkenalkan, mempromosikan dan menjual karya Malaysia ke pasaran dunia. Aktiviti promosi ini dilakukan dengan menyediakan katalog nasional khas yang mengandungi senarai buku karya tempatan terpilih. Katalog ini dapat dipromosikan untuk penjualan hak cipta, secara terkesan, di persada antarabangsa. Ini dapat memperlihatkan keupayaan penulis dan ilustrator nasional untuk sama-sama menyumbang dalam pembangunan ketamadunan ilmu dunia.

MENDEDAHKAN JUDUL TERBAIK MALAYSIA

Judul-judul terbaik Malaysia ini didedahkan ke arena perbukuan antarabangsa yakni usaha promosi yang bersungguh-sungguh di dalam;

a) Publishing Perspective New York.
b) Laman Web Frankfurt Buchmesse.
c) Buku Direktori, Bahan dan Papan Promosi Frankfurt Buchmesse.
d) Kesemua saluran BERNAMA.
e) Tabloid Malaysia@Frankfurt.

MENJUAL HAK CIPTA

Menjual hak cipta buku karya Malaysia untuk diterbitkan dan diterjemahkan penerbit luar yang berminat.

memperkenal karya negara

Memperkenalkan karya Sasterawan Negara, pemenang SEA Award dan penulis tempatan melalui aktiviti pelancaran dan pelbagai.

Membantu industri perbukuan mengenal pasti penerbit antarabangsa yang berminat untuk menjadi rakan kongsi atau pengedar buku Malaysia dalam bahasa Inggeris dan asing.

membantu industri buku

Membantu industri perbukuan negara mendapatkan hak cipta buku-buku terkini dan bahan multimedia yang diterbitkan oleh penerbit luar.

Memperkenalkan industri terjemahan dan penerbitan Malaysia di arena antarabangsa.

MENDEDAHKAN peluang penajaan

Mendedahkan penerbit Malaysia tentang peluang untuk mendapatkan penajaan terjemahan dan/atau penerbitan buku asing ke bahasa Melayu oleh para penerbit luar negara dan agensi yang menyelaras program penajaan.

bertukar pandangan

Bertukar pandangan tentang program mengantarabangsakan sastera tempatan ke negara luar yang rata-ratanya telah berjaya dilakukan oleh negara seperti Norway dan Jepun.

kenal pasti penterjemah

Membantu penerbit Malaysia mengenal pasti penterjemah dan jurubahasa profesional bagi bahasa asing (seperti Latin, Belanda, Jerman, Sepanyol, Rusia,Turki dan lain-lain) yang sukar diperoleh dalam negara bagi tujuan khidmat terjemahan komersial.

peluang guest of honour

Mempersiapkan penerbit Malaysia dan mengemaskan strategi yang lebih mantap bagi mendapatkan peluang untuk menjadi negara tamu atau Guest of Honour di Frankfurt Buchmesse.

inisiatif kltcc

Memulakan inisiatif pemasaran Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre 2021 dalam kalangan pemain industri dunia.

berpengetahuan luas

Memastikan Urusetia Tetap MBKM mempunyai pengetahuan yang luas dalam trend perbukuan dunia agar dapat diasimilasikan dalam perancangan polisi dan program perbukuan di peringkat nasional.